Isnin, 11 April 2011

muhasabah diri...

hari nie tergerak hati nk menulis blog sebab otak terlalu sempit untuk memikirkan jalan terbaik dalam memulihkan suatu perhubungan. adakah aku yg bersalah atau aku yg kurang memahami insan yg bernama kawan..? sering kali persoalan ini timbul...adakah aku yg tidak matang atau orang lain yg tidak matang..? bg diriku,sahabat dan kawan walaupun nampak seperti sama tp maksudnya berbeza. semua orang boleh jadi kawan tp tk semua orang boleh jd sahabat. perlu ke setiap bait kata yg diluahkan perlu dijelaskn sejelas2nya lebih2 lagi di dlm fb..? bg aku,rasanya tidak perlu kerana fb bukanlah tempat untuk meluahkan segala2nya kerana setiap benda boleh dibaca boleh diketahui oleh semua orang dan disebabkan itulah akan timbul salah faham dan seterusnya berakhir dgn perbalahan jika tidak pandai menyelesaikannya.
banyak entri yg aku jumpa mengatakan sahabat adalah orang yg sanggup bersusah senang bersama. terang, jelas lg nyata bahawa orang yg hanya hadir saat kita senang dan pergi saat kita susah dan tk pernah nk menghargai apa yg dilakukan oleh seorang kawan, tk layak untuk dipanggil sahabat...perlu ke aku berterus terang kepadanya apabila dia meminta aku untuk menjadi seorang yg jujur..? terlalu banyak hati yg telah disakitinya..pernahkah dia terfikir walaupun sekali seminit akan perasaan orang yg banyak berkorban untuk dia..? tapi hari nie dia mengatakan aku tidak meletakkan dia dalam kalangan sahabat2ku..bukan hati tidak mahu tapi masih belum mampu..jujur yg dipertikaikan jd jujurlah aku dalam menyatakan..mungkin ia nya bukan cara yg terbaik kerana aku bukan sesiapa untuk menghukum orang tapi sukar untuk aku meletakkan namanya sebaris dengan nama sahabat2ku..tp dalam pada itu,masih ada yg menjadi batu api yg menambah perasa agar aku terus dipersalahkan..langkah terbaik hanyalah berdiam diri agar akhirnya nanti,mulutnya akan terdiam dan pintu hatinya akan terbuka untuk menilai dan mengerti apa itu makna kawan dan sahabat.
aku mencintai sahabat2ku kerana Allah..
aku menegur bukan kerana benci tetapi kerana sayang..

air mata hanya akan menitis untuk seorang sahabat..
bukan untuk seorang kawan..