Rabu, 25 Ogos 2010

stress yg teramat

22hb ogos 2010, tekanan intracranial dan intraorbital aku meningkat gara2 menghadap laptop seharian daripada pagi bawa ke malam dan hanya berhenti untuk solat dan berbuka sahaja serta menunaikan perkara2 wajib yg lain. perkara yg paling tdk menyenangkan hati ramai pihak adalah apabila seorang hamba Allah ini yg telah menawarkan diri untuk mengprint assignment tersebut tdk menjalankan tugasnya dengan sempurna. slamber rock beliau melepaskan kerja tersebut ke tangan orang lain tanpa mengambil peduli sedikit pun tentang keadaan orang tersebut. saat paling best adalah beliau boleh mengeluarkan perkataan, "akak, akak marah **** ke?" apakah jawapan yg sesuai untuk diberikan kepada beliau?? sungguh tdk ku fahami sikap sebenar beliau ini. katanya, semua kedai tutup. adakah anda sudah pusing satu bandar? pasti bahawa tiada satu kedai pun yg buka? jika diteliti, memanglah kedai semua boleh tutup kalau beliau cari waktu orang dah berbuka dan pukul 8.30pm beliau baru pergi membeli ring. beliau keluar pukul 6pm lebih sedikit dan beliau keluar dengan menaiki kereta. dan apabila pulang pada pukul 8pm lebih hampir ke pukul 9pm, beliau tdk mahu turut serta keluar mengprint dengan memberikan alasan masih belum solat. waktu Isya' masih panjang dan kalau beliau jenis yg tdk melengahkan waktu solat, kenapa sebelum2 ini semasa membuat perjumpaan beliau tdk solat terlebih dahulu? memang pelik dan langsung tdk difahami akan sikap beliau ini. menjelang keesokkan pagi, beliau yg telah berjanji untuk keluar mengbinding, sekali lagi melepaskan kerja tersebut ke tangan orang lain. orang yg teraniaya tersebut, pulang dengan linangan air mata kerana terlalu stres dan tdk memahami kenapa beliau masih terus2an bersikap sedemikian sehinggakan orang yg teraniaya ini terpaksa masuk kelas lambat.
sekiranya anda tdk mampu untuk melakukan suatu tugasan itu dinasihatkan supaya janganlah mengambil risiko dengan berjanji kepada orang lain. bukan kah tdk elok begitu?? sebelum mengambil suatu tugasan hendaklah mengukur ke badan sendiri dulu dan bertanya kepada diri, 'mampukah aku melaksanakan tugasan ini?' jangan bila tiba saat akhir, barulah bertindak melepaskan kepada orang lain. sikap ini akan membuat kita dibenci bukan disukai.



pelakon utama

tanggal 21hb ogos 2010, terserlah kewibawaan seorang sister dalam menjalankan tugasnya iaitu menjaga pentadbirannya (wad) dengan baik sekali bersandarkan sistem demokratik. sistem ini sangat2 dititikberatkan dalam sesebuah pentadbiran @ pemerintahan supaya anak2 buah @ rakyat tdk berasa tertindas dan dapat mengeluarkan pendapat serta menyelesaikan sesuatu masalah itu dgn jayanya. sikap sister ini perlu dicontohi apabila menjadi seorang ketua di mana beliau mendengar masalah dan pendapat daripada anak2 buahnya dan beliau juga tegas dalam membuat suatu keputusan. jutaan terima kasih diucapkan kepada semua barisan pelakon. diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada lakonan kita. dan yg paling utama ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan2 sekalian kerana telah menobatkan aku sebagai pelakon utama yg tdk bertauliah. hu3.

Khamis, 19 Ogos 2010

'kawan', 'sahabat', 'teman', 'rakan'

13 tahun 9 bulan aku mencari erti sebenar istilah 'kawan', 'sahabat', 'rakan', & 'teman'. Tetapi sehingga kini, apa yang dicari masih belum jua aku temui. Setiap kali bersendirian, fikiran ku menerawang mencari dan cuba mentafsir apakah sifat sebenar yang perlu wujud dalam diri bagi menjadi seorang rakan yang sejati. Ada pepatah mengatakan, "sahabat adalah seorang insan yang sanggup menghadapi susah & senang bersama-sama". Pepatah itu benar & aku sokong 100% cuma aku masih belum temui seorang sahabat seperti itu. Apa yang menjadi kemusykilan adalah, agama Islam amat menitikberatkan hubungan persaudaraan dan ikatan silaturrahim sesama insan tetapi mengapa terdapat segelintir orang Islam yang cuba mengwujudkan jurang dan memutuskan tali persaudaraan tersebut? Malah, mereka yang bukan beragama Islam pula yang lebih memahami dan menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin. Adakah dengan menjadi seorang yang pendiam, aku tidak memperoleh seorang sahabat? Atau perlukah aku menjadi seorang yang banyak mulut sehinggakan kadang-kala apa yang aku bicarakan adalah satu omongan kosong tanpa ada input didalamnya? Aku keliru. Aku cuba sedaya upaya menjadi seorang pendengar yang setia, rakan yang saling membantu, & rakan yang sering mengutamakan rakannya dalam sesuatu perkara. Apakah itu masih belum cukup untuk menjadi seorang kawan yang baik? Aku cuma minta dihormati & dihargai & tidak mengabaikan aku apabila mengatakan aku adalah sahabatnya. Hanya itu yang ku pohon. Tiada kurang tiada lebih. Tetapi sekiranya aku masih belum layak untuk menjadi sahabat kamu, aku redha & aku akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
~Sukar untuk memahami apabila kita memahami tetapi kita tidak difahami.~

Ahad, 8 Ogos 2010

kawan @ sahabat

hari ini terasa pilu, sedih,kecewa..mcm2 perasaan hadir..
mereka yg dikatakn kawan baik bukanlah kawan baik dlm erti kata yg sebenarnya..
diriku sering disisihkn,diketepikn dan hanya digunakn apabila ada keperluan..
tiada istilah hormat-menghormati dalam konteks perhubungan yg dicipta..
untuk apa menganggap atau menafsirkn 'kita' sebagai empat sekawan sekiranya aku sering ditinggalkn dan dibiarkn??
sakit hati ini bila mendapat tahu perkara yg sebenarnya..wajah yg ditunjukkn umpama tiada apa yg pernah berlaku..
biarlh aku sendiri andai kehadiran aku selama ini hanyalh sebagai melukut di tepi gantang..
aku doakn kalian berjaya dan bahagia hendaknya..

Rabu, 4 Ogos 2010

Kembali pulang...

Salam...
Hari nie tetibe trase nk meneruskn kembali penulisan yg sudah lama trtinggal..hu3
Pejam celik (2x) tk sangka dah 2 tahun aku brada dlm bidang prawatan nie..
Tahun depan dah nk habis study..erm..mcm mana la nk keje nanti..
Rasa mcm tak mampu nk pikul tgasan nie..
Kalau brinteraksi dgn robot tk apa la..ini nk brinteraksi dgn org.aduhaiii....
Risaunya kalau trsilap cara...=(
Betul ke bidang ini sesuai dgn diriku???