Rabu, 25 Ogos 2010

stress yg teramat

22hb ogos 2010, tekanan intracranial dan intraorbital aku meningkat gara2 menghadap laptop seharian daripada pagi bawa ke malam dan hanya berhenti untuk solat dan berbuka sahaja serta menunaikan perkara2 wajib yg lain. perkara yg paling tdk menyenangkan hati ramai pihak adalah apabila seorang hamba Allah ini yg telah menawarkan diri untuk mengprint assignment tersebut tdk menjalankan tugasnya dengan sempurna. slamber rock beliau melepaskan kerja tersebut ke tangan orang lain tanpa mengambil peduli sedikit pun tentang keadaan orang tersebut. saat paling best adalah beliau boleh mengeluarkan perkataan, "akak, akak marah **** ke?" apakah jawapan yg sesuai untuk diberikan kepada beliau?? sungguh tdk ku fahami sikap sebenar beliau ini. katanya, semua kedai tutup. adakah anda sudah pusing satu bandar? pasti bahawa tiada satu kedai pun yg buka? jika diteliti, memanglah kedai semua boleh tutup kalau beliau cari waktu orang dah berbuka dan pukul 8.30pm beliau baru pergi membeli ring. beliau keluar pukul 6pm lebih sedikit dan beliau keluar dengan menaiki kereta. dan apabila pulang pada pukul 8pm lebih hampir ke pukul 9pm, beliau tdk mahu turut serta keluar mengprint dengan memberikan alasan masih belum solat. waktu Isya' masih panjang dan kalau beliau jenis yg tdk melengahkan waktu solat, kenapa sebelum2 ini semasa membuat perjumpaan beliau tdk solat terlebih dahulu? memang pelik dan langsung tdk difahami akan sikap beliau ini. menjelang keesokkan pagi, beliau yg telah berjanji untuk keluar mengbinding, sekali lagi melepaskan kerja tersebut ke tangan orang lain. orang yg teraniaya tersebut, pulang dengan linangan air mata kerana terlalu stres dan tdk memahami kenapa beliau masih terus2an bersikap sedemikian sehinggakan orang yg teraniaya ini terpaksa masuk kelas lambat.
sekiranya anda tdk mampu untuk melakukan suatu tugasan itu dinasihatkan supaya janganlah mengambil risiko dengan berjanji kepada orang lain. bukan kah tdk elok begitu?? sebelum mengambil suatu tugasan hendaklah mengukur ke badan sendiri dulu dan bertanya kepada diri, 'mampukah aku melaksanakan tugasan ini?' jangan bila tiba saat akhir, barulah bertindak melepaskan kepada orang lain. sikap ini akan membuat kita dibenci bukan disukai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan