Khamis, 19 Ogos 2010

'kawan', 'sahabat', 'teman', 'rakan'

13 tahun 9 bulan aku mencari erti sebenar istilah 'kawan', 'sahabat', 'rakan', & 'teman'. Tetapi sehingga kini, apa yang dicari masih belum jua aku temui. Setiap kali bersendirian, fikiran ku menerawang mencari dan cuba mentafsir apakah sifat sebenar yang perlu wujud dalam diri bagi menjadi seorang rakan yang sejati. Ada pepatah mengatakan, "sahabat adalah seorang insan yang sanggup menghadapi susah & senang bersama-sama". Pepatah itu benar & aku sokong 100% cuma aku masih belum temui seorang sahabat seperti itu. Apa yang menjadi kemusykilan adalah, agama Islam amat menitikberatkan hubungan persaudaraan dan ikatan silaturrahim sesama insan tetapi mengapa terdapat segelintir orang Islam yang cuba mengwujudkan jurang dan memutuskan tali persaudaraan tersebut? Malah, mereka yang bukan beragama Islam pula yang lebih memahami dan menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin. Adakah dengan menjadi seorang yang pendiam, aku tidak memperoleh seorang sahabat? Atau perlukah aku menjadi seorang yang banyak mulut sehinggakan kadang-kala apa yang aku bicarakan adalah satu omongan kosong tanpa ada input didalamnya? Aku keliru. Aku cuba sedaya upaya menjadi seorang pendengar yang setia, rakan yang saling membantu, & rakan yang sering mengutamakan rakannya dalam sesuatu perkara. Apakah itu masih belum cukup untuk menjadi seorang kawan yang baik? Aku cuma minta dihormati & dihargai & tidak mengabaikan aku apabila mengatakan aku adalah sahabatnya. Hanya itu yang ku pohon. Tiada kurang tiada lebih. Tetapi sekiranya aku masih belum layak untuk menjadi sahabat kamu, aku redha & aku akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
~Sukar untuk memahami apabila kita memahami tetapi kita tidak difahami.~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan